Sunday, January 9, 2011

Camping ea?

Saya baru pulang dari ber-camping di Tok Bali (betul ea nama tempat tu? ape-ape je) :) Memang best gile. Ni camping yang paling lepak sekali. Takde pun pressure. Memang stress-free! Kem ni anjuran Majlis Penghuni Desasiswa Murni. Hanya 19 orang je ahli MPDM yang pergi. 30 ahli yang lain masing-masing busy. Tapi takpelah. Kem ni tetap best. Kitaorang memang ditaja sepenuhnya oleh MPDM dan hanya perlu mengeluarkan duit untuk t-shirt MPDM sahaja.


Kitaorang bertolak dari USMKK pada jam 6 petang (6 Jan 2011). Sampai dekat Tok Bali lebih kurang pukul 7.30. Dah gelap time tu. Dahla hujan lebat. Banjir pula tu. Jadi, kitaorang tak jadi dirikan khemah. Kitaorang dapat tidur kat dalam chalet. Best kot! Ada air-cond lagi. Toilet pun lawa. Malam tu kitaorang just buat ice breaking and comment sikit berkaitan MPDM.


Esoknya hujan lagi. Pagi tu sementara menunggu pihak HEP dan Dr Rushdan selaku penggawa Desasiswa Murni bagi upacara perasmian, kitaorang main game. Game yang paling best bagi saya ialah game sayang awak, benci awak! Hehe. Kelakar tengok cara dan ekspresi setiap seorang time sebut sayang awak dan benci awak.

Lepas upacara perasmian, petang tu kitaorang berkayak kat sekitar tasik berdekatan dengan chalet. First time kot berkayak dalam hujan. Dahla main bumper kayak. hee~~ Sorry ea pada sesiapa yang dilanggar. lols. Malam tu kebanyakkan yang pergi tido awal. Tinggal orang, kak ainur, kak kin, kak ayu, kak josie, kak baiti and kak dila je yang tak tido lagi. Kitaorang gi karaoke. Ala karaoke dekat dewan chalet tu je. hehe. Da lama kot tak karaoke. Dulu time kecik orang karaoke ngan najwa je kat rumah. ngee~~

Then 8 Jan 2011 kitaorang pun balik. Hari tu tak hujan pun. :p Before balik tu sempatlah gi jalan-jalan kat pantai and dengar Go main gitar. Overall, walaupun best tp nak balik cepat sebab tak nak randuk air bah dah. Ntah air apelah yang kitaorang randuk tu. Eeewww! Tak nak fikir dah. Dah selamat pulang pun. Alhamdulillah and thank you MPDM :)

~Leave Nothing but footprints, take nothing but photographs!~ /bye

Lembu pun datang holiday kat sini! /wahaha



3 comments:

lynnlola said...

haha.part lembu paling taley blaaa~

Ainur Naseeha Roslan said...

besh kan3!! nnti buat lg nak?? hehe..grau je..

rosesliliestulips said...

hehe. Jom camping tp tak nak time ujan ag!