Apa sebenarnya maksud friendship ni?
Friendship ni wujudnya daripada perkataan friend + ship ke?
Friendship atau persahabatan ini sebenarnya membawa maksud yang begitu luas sampaikan kadang-kadang saya pun tak faham. Untuk memudahkan pemahaman kita semua, persahabatan ini sebenarnya bermula daripada istilah kawan. Kawan pula dapat ditafsirkan sebagai pihak yang berada di sekeliling kita dan kita kenal pihak tersebut dan pihak tersebut juga turut mengenali diri kita tapi bukan semua kawan itu sahabat kita. Sahabat ini lebih kompleks berbanding kawan. Sahabat ini merupakan pihak yang amat mengenali, memahami dan dapat membantu kita di kala kesusahan melanda. Sahabat ini juga sentiasa berada di samping kita baik di waktu senang mahupun susah. Sahabat ini sentiasa menasihati diri kita daripada melakukan perkara yang tidak baik. Sahabat ini juga sentiasa mengajak kita melakukan kebaikan. Sahabat ini mengajar kita mengenali dunia dan diri kita sendiri. Kadang-kadang kita dapat lihat ada segelintir individu yang suka berkawan dengan kita kerana kita miliki sesuatu yang dapat menguntungkan diri individu tersebut. Jadi, apakah keadaan ini menunjukkan individu tersebut sahabat kita? Sememangnya tidak kerana sahabat tidak memandang perkara tersebut. Seorang sahabat hanya mengenal erti keikhlasan dan kejujuran. Tulusnya hati seorang sahabat itu sukar dimengerti.
Hari ini dekat kelas Psychology, saya belajar pasal Friendship. Pembentukan friendship ini sebenarnya merangkumi tiga peringkat. Peringkat pertama bermula sewaktu kita berumur 4-7 tahun. Pada usia ini, kita hanya berkawan jika kita menyukai orang tersebut dan begitulah sebaliknya yang terjadi pada rakan kita. Pada usia ini, jika berlaku konflik antara kita dan rakan kita, pada awalnya kita tidak akan bertegur sapa. Namun begitu, apabila kita melihat rakan kita itu bermain dengan anak patung (umpamanya), dengan pantas kita akan berbaik dengan rakan kita itu tanpa mengunkap kata maaf.
Peringkat kedua pula bermula pada umur 8-10 tahun. Pada usia ini pula kita hanya akan berkawan jika seseorang individu itu mampu memenuhi kehendak kita. Bezanya dengan peringkat pertama tadi ialah pada peringkat ini ungkapan maaf itu perlu untuk berbaik semula dengan rakan kita selepas suatu konflik itu terjadi.
Peringkat ketiga pula bermula sewaktu kita berumur 11 ke 15 tahun. Persahabatan yang terbina sekitar umur ini akan berlanjutan hingga ke alam dewasa. Tapikan, saya tak rasa pun camtu. Nape ada certain kawan yang dah lupakan kita? Mama selalu cakap contactlah kawan-kawan yang dekat sekolah lama tu. Kalau nak tunggu diorang contact, mesti sampai ke tua pun takde orang yang akan contact. Kita ni pun ikutlah cakap mama kita. Tapi, bila contact dengar suara macam kita ni mengganggu je. (Maaflah pada mana-mana pihak yang terasa, tapi hati saya berkali-kali ganda lagi sakit!) Dahla kita yang call, orang tu tak kuarkan satu sen pun. Dulu, before habis sekolah diorang selalu cakap, Nawal, jangan lupakan kita tau. Jangan lost contact. But, in the end, sape lupa sape wei? Aku tahulah aku tak sehebat korang. *emosebentar*
Secara jujurnya, saya memang tak suka memiliki seorang sahabat. Susah sebenarnya nak cari sahabat yang betul-betul akan bersama kita dan tak pernah lupakan kita. Perasaan ni start since sekolah rendah lagi. (Sebenarnya, saya ea yang merumitkan keadaan?) Whateverlah. Tapi memang tak suka sebab saya tahu sahabat itu akan pergi jauh dari saya. Then, bila dah jauh dia akan terus lupakan saya. Apa-apapun, saya nak sahabat-sahabat saya tahu yang saya tak pernah lupakan mereka. Saya sayang sahabat-sahabat saya walaupun sekarang masing-masing dah berada jauh dan megikut haluan sendiri. Saya doakan sahabat saya sentiasa dirahmati Allah S.W.T. dan berjaya dalam hidup mereka baik di dunia mahupun di akhirat sana.
Untuk sahabat saya sekarang, kalau saya melukakan hati anda, maafkan saya. Saya tak sempurna.
P/S: jAgalah sesuatu dengan baik sebelum kita kehilangannya :)
![]() |
| eh? apa motif letak comel kuning ni? hehe. comel kuning ni sahabat saya yang tengah merajuk dengan saya bagi. maafkan saya ya. :( |





No comments:
Post a Comment