Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru :)

picture ihsan google :)


Dalam banyak-banyak pic yang saya search kat encik google, saya paling suka pic kat atas ni? kenapa ea cik nawal? tee-hee :) sebabnya dulu masa saya sekolah rendah pun pernah gak kitaorang ada session bercerita ala-ala pic di atas. Best kot. Time macam ni selalu sebelum waktu balik sekolah and masa class bm. Cikgu yang selalu bercerita tu cikgu nooraini :) Saya memang suka reminiscing the old times kan? lols

Selain daripada cikgu nooraini, banyak lagi cikgu yang pernah mengajar saya sebelum-sebelum ni. Kalau kat tadika, cikgu yang paling saya ingat ialah cikgu khadijah :) garang kot cikgu ni. kalau kitaorang bising, kitaorang kena kurung dalam surau. tak boleh balik rumah awal. walaupun garang tapi inilah cara seorang cikgu nak mengajar anak muridnya. kalau cikgu tak buat camtu mesti saya tak jadi macam diri saya sekarang. Tapi ada part yang kelakar gak pasal ke-garangan cikgu khadijah ni. hehe. Apa yang saya nak maksudkan ialah kawan satu tempat kerja saya dulu (kebetulan pula dia super senior saya kat tadika tu dulu) pernah lari balik rumah (rumah dia tepi tadika je) and tak nak gi tadika dah. Ni gara-gara takut punya pasal. <3

Kalau dekat sekolah rendah, selain daripada cikgu nooraini, antara cikgu yang saya ingat ialah ms khoo (ajar saya english dan muzik), cikgu chan (ajar math), cikgu azizah (ajar bm dan sains), ustazah norliza (ajar pendidikan islam), cikgu haniza (ajar kajian tempatan), ms choo (ajar math), miss ooi (ajar muzik dan english), cikgu pushpa (kajian tempatan), cikgu subhi (cikgu pj), puan mahesh, puan jamilah, cikgu che zu dan etc...
Ni antara yang saya ingat and semua ni cikgu saya dekat sek. keb. jalan residensi (mesti tak pernah dengar kan? lols. sekolah saya ni sebelah hospital bersalin pulau pinang and tepi hospital island, dekat-dekat hospital besaq penang dan loh guan lye hospital serta klinik pergigian pulau pinang. jadi kalau sakit tak perlu risau. memang dekat dengan pusat perubatan. lols)

Okay, kalau dekat sekolah menengah pula (sekolah menengah saya ada 3. sebenarnya saya teringin nak merasa pindah sekolah dari sekolah rendah lagi tapi baru berkesempatan waktu sekolah menengah. hehe. ntah papelah cik nawal ni nak pindah sekolah. best kot pindah sekolah. ramai kawan. lols):

1. St. George's Girl School: Cikgu yang saya ingat Miss Kamala Veni <---cikgu english yang best memang sedihla time last english class. Walaupun saya kat sekolah tu hampir 2 bulan tapi terima kasih buat semua cikgu dekat sana.

2. MRSM Pendang: kat sini banyak kot cikgu yang saya ingat. Jap-jap...-memory recalling session-.mereka ialah cikgu hafiz (ayah homeroom saya), cikgu zalina (cikgu sejarah yang comel dan best), cikgu dahlan (cikgu math masa form 1), cikgu nomi ( cikgu math juga), cikgu bazli (math), cikgu zurina ( cikgu pj), cikgu nuzula dan cikgu hazura (cikgu bm), cikgu rodzi (cikgu bm ), miss norma (cikgu english yang cantik), ustaz othman, ustazah sadbehah (arab), cikgu lan (cikgu bm), cikgu mahadzir (science), cikgu eddy, cikgu zainab (sc. komp), cikgu nazir, mr farouk, sir kush, cikgu rohana and etc

3. MRSM Taiping: Cikgu abdullah (bm), cikgu naza (math and add math), miss chan kum lean (english), cikgu julia (chem), cikgu rohaya (bm), sir zahari (physics), cikgu salleh (sejarah), cikgu nasrin (chem), teacher bita (est), sir fauzi (bio), ustaz munawar (pai), sir rashidi  (est)

Banyakkan cikgu kat sekolah menengah? Hehe.

Then kat matriks pula: cikgu rahimah, cikgu saliza, mr lim, mr farid, pn siti safur, pn mazni, cikgu wan, cikgu rohani,

Sekarang pula saya kat USM Kubang Kerian Kelantan :) Kalau nak cerita pasal lecturer yang mengajar memang sampai bila pun tak habis kan? Konklusinya, hidup saya, awak, kamu dan kamu lagi semuanya dikelilingi oleh cikgu. Plus, cikgu pula mestilah dilahirkan oleh seorang mama dan hidup seorang cikgu itu pula telah ditatang dengan minyak yang penuh bukan sahaja oleh mamanya tapi abahnya juga :) Oleh itu, kepada mama dan abah, tanpa anda berdua, siapalah saya. Anda berdua juga dua orang guru yang memainkan peranan yang besar dalam hidup saya. Tak lupa juga kepada kawan-kawan saya selamat hari guru juga kerana secara sedar atau tidak kawan-kawan turut mengajar kita mengenal erti kehidupan yang sebenar. Baik kawan kita, maka baiklah kita. Buruk mereka, buruk jugalah kita.

Anyhow, Happy teacher's day :)

namosha: kenape ea, kadang-kadang bila kita dah jadi hebat, kita lupa kehidupan kita bermula dengan seorang guru yang mengajar? Saya pernah dengar cerita adalah sorang ni dia dah boleh dikatakan seorang yang berjaya sekarang dan dia tak suka orang yang bersama dirinya menjadi seorang guru. Nak jaga standard :) macam cerita serunai malamkan karya usman awang. Believe it or not ini cerita benar dan bukan pengaruh kisah umar dah safiah. Saya hanya boleh katakan, hargailah jasa seorang guru selagi kita mampu. Terima kasih cikgu. sekian~~


No comments: