Monday, April 25, 2011

Tiba-tibakan saya rasa nak...

Ehsan encik google :)
Recognize this picture? Hee~~ xcited terlebih la pula cik nawal ni! Rindulah zaman kanak-kanak comel dulu. Teringat waktu zaman sand art ni famous suatu ketika dahulu. Time tu nawal pun minat juga buat sand art ni sebab rasa sand art ni sangat cantik. Walaupun saya tak creative, saya bangga hidup pada zaman aktiviti seni ini famous. :) At least, saya dapat merasa keseronokan zaman kanak-kanak saya. lols. Balik ni macam nak gi buat sand art ni lagi. Sape nak join? Jom! xDDD

ehsan encik google lagi!


Lagi satu benda yang saya suka time kecil-kecil dulu ialah aktiviti tekap-tekap guna crayon. Cool kot. Time tu rasa macam Wow! (walaupun lukisan saya tak cun tapi I like lah :P) Masa kecil-kecil, pernah sekali tu gi Pesta ( sape orang penang tak besa pi pesta, che' tak tau nak kata apa. huhu ), ada pameran pasal serangga. Dekat exhibition tu diorang adalah buat aktiviti tekap-tekap ni. Saya pun memang tidak melepaskan peluang untuk join aktiviti ini. Kesian mama and abah kena tunggu. huhu.
ni pun daripada mr google yang smart :P


Time sekolah dulu pun kena buat paper mache. Mesti semua orang pernah buatkan? Paper mache ni ada banyak jenis dan yang paling kerap cikgu seni suruh buat ialah paper mache dengan belon. Daripada paper mache ni kita dapat hasilkan model muka dan buah durian. Lols. (sedapnya durian. huhu) Cumanya paper mache ni paling renyah nak buat dan yang bosan kot. haha. Anyhow terima kasih Cikgu (cikgu seni saya dulu nama dia cikgu jamilah kot. ya ka? tak ingat dah) kerana banyak mengajar saya mengenai benda-benda seni ni. :)

Kalau paper mache tu bosan, stamping art dengan sayur-sayuran (especially ubi) pula yang nawal rasa paling best selain daripada tekap-tekap guna crayon and sand art. Menariklah tengok cara mama buat corak dekat ubi tu. huhu. Mama jom kita reminiscing old memories nak tak? hehe. "Mama busylah nawal" <----berikut merupakan jawapan yang bakal saya peroleh. Enggak mengapa dong. Tapi kalau saya dah beranak pinak nanti saya nak ajar anak saya buat stamping art ni. ;p

arigato gozaimasuke dear google :D


No comments: