Hari ni nawal balik kampung. Tadi ada buat bacaan yasin dekat rumah tok. Jadi, banyaklah sedara datang. Masa tolong bawa masuk makanan kat ruang tamu, ada tok sedara tanya ni sape. Then, nawal tak jawab pape. Yang tolong jawab tu ada sorang tok sedara ni juga. Dia kata ni isteri tan (Panggilan untuk abah saya; sebenarnya tam. Tapi tan pun boleh. hee~`). Adeyh! -__-". Ni kali kedua sepanjang hidup saya digelar isteri abah. haha. First time masa kat kelantan. Abah ada kerja sikit kat sana and abah ajak gi kb mall sebab saya tak pernah pergi kb mall lagi masa tu. Kitaorang naik taxi. Time tulah yang pakcik taxi tu tanya abah, ni orang rumah ke? Abah tak dengar time tu. Jadi, saya pun cakap pak cik saya ni anak. Malulah juga sebab ada student politeknik naik taxi sekali dengan kitaorang. Bila cerita kat mama, mama gelak je. hehe. Apakah kerana saya dah tua atau abah nampak muda? haha. :) Anyhow, saya memang dah tua. Dah dekat nak masuk 20 dah dalam masa beberapa hari ni. (hee~~ cam bagi hint je kan? lols) k lah readers...cheerio!
namosha: rasa macam tak sabar nak tengok transformers: dark of the moon :P
Sunday, June 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
hepy becoming besday nawal:)
nawal matang.hahahah.;p
Post a Comment