Friday, June 17, 2011

cerita saya dan kereta manual :)

Since saya dah setahun belajar dekat usm kelantan atau turut dikenali sebagai usmkk, sudah terang lagi bersuluh sememangnya ada pengalaman yang tak dapat saya lupakan sepanjang sesi pembelajaran saya di sana. Selain daripada memiliki kawan-kawan yang best, saya juga ada pengalaman yang manis dengan kereta sewa kat sana. Kalau nak kuar jalan-jalan dekat area kubang kerian, kota bharu and pengkalan chepa, the best thing to do is sewa kereta and bukan naik taxi atau bus. Naik taxi paling kurang pun kene rm 15-20 atau mungkin lebih and kalau bus kemungkinan kita tak akan sampai di tempat yang dituju dan mungkin juga sampai berjanggut kita tunggu pun bus tak sampai lagi. lols (hyperbola sebentar..hee~~) Ok, back to the main topic. Apa-apapun kereta sewa memang penting bagi saya kalau dekat kelantan tu. Bila duduk kelantan ni nak tak nak kena juga belajar bawa kereta manual sebab mostly kereta sewa kat usm tu semua kereta manual. Haritu abang nawal call and cakap amboi, mentang-mentanglah dia dah jadi hebat daripada abang, pandai bawa kereta sewa, asyik nak kuar je sekarang ni. haha. Memang statement tu betul. Bosan atau distress duduk kat u mesti nak kuar. Sekarang saya dah rindu usmkk and kelantan. Rindu nasi kerabu, rindu nak makan dekat d'classic, rindu nak makan dekat pc and rindu jugalah kb mall :) 


Bercakap pasal kereta sewa ni, satu pengalaman manis yang saya ada dengan kereta sewa ialah ada sekali tu kitaorang kuar gi tesco nak cari barang untuk hamper JPAM. Saya yang drive. Ada sorang member saya ni, adda (kelantanese) dia ajar ikut jalan yang dapat prevent congestion. Walaupun jauh tapi disebabkan tak nak sangkut dalam traffic jam maka kitaorang ikut je jalan yang adda tunjuk tu. Jalan tu kena masuk kawasan perkampungan and susah sangat nak cari station minyak. Bila dah susah maka saya pun terlupalah nak isi minyak. Lols. Tapi selamat sampai dekat tesco tu. Bila dah sampai tesco, baru teringat kereta sewa tak isi minyak lagi. Bila kecek kat zafirah, dia risau. Time nak balik tu fira cakap jangan ikut jalan jauh tu. Minyak tak cukup and better ikut jalan bandar. Okay. Kitaorang ikut cakap fira. Time tengah berhenti kat traffic light yang betul-betul tepi kb mall, haha, enjin mati and tak dapat start kereta. Cuak gak. Sempatlah traffic light tu bertukar dari merah-hijau-merah semula. Nasib baik kereta dekat row depan sekali. Ingatkan dah nak kena tolak kereta ke tepi. Bila nak buat decision camtu, tetiba je dapat hidupkan enjin. Waa seronok rasanya dapat hidupkan enjin. Bersyukur sangat sebab tak yah tolak kereta ke tepi. Apa lagi, bila dah boleh start, nawal pun langgar je traffic light merah. Dahla ada polis kat situ. Lantaklah. Janji tak halang jalan orang lain. Lagi satu, nasib baiklah dah pakar pasal jalan kat kb tu and tahu tepi kb mall ada station minyak. Terus pecut kereta gi isi minyak. Haha. Lepas dah isi minyak tu takdelah lega sangat sebab bau macam ada benda terbakar. Risau juga tapi bila dah jadi camni tips dia jangan panic. Kena cool je bawa sampai usm. Tq juga pada cik zafirah kerana berusaha untuk menenagkan saya. Anda sememangnya terbaik. Hari tu memang akan menjadi satu pengalaman yang manis saya dengan kereta sewa. Manislah sangatkan? hee~` k Have a nice day readers! Cheerio :)

namosha: SR :)

5 comments:

cipan said...

hahah...lbih brhati hti next time

rosesliliestulips said...

t-hah: will do!

Syazwan Che Deraman said...

laaa..stdy situ upenya ;)

Anonymous said...

huhuhu..laen kali kita isi minyak dulu ye b4 p mnew3..hahahha...:)
BEST MOMENT LA CIK NAWAL...:))

rosesliliestulips said...

adda: rndu kamu, zafirah, ana, syu :) nnt kta gi jalan2 lagi ya :)and pastinya isi mnyak dlu.