Tuesday, December 28, 2010

11 Perkara yang Mencemarkan Tauhid

11 perkara yang mencemarkan tauhid ini merupakan sebuah buku yang saya sendiri tak ingat author dia sapa. hehe. Bukan apa, buku ini pun tengok sekali imbas je dekat Pusat Islam USMKK sambil-sambil tengah dengar ceramah yang bertajuk Eat.Pray.Love. Berikut merupakan sedikit rumusan daripada buku tersebut (yang diingati 10 PERKARA sahaja. maaf ya. hee~~),

Perkara-perkara yang boleh mencemarkan tauhid ialah;
  1. Mengatakan bahawa alam ini terjadi secara semulajadi (sepatutnya kita tidak terpengaruh dengan dunia barat yang berpegang dengan frasa 'mother nature'. Hal ini demikian kerana alam ini ialah alam ciptaan Allah s.w.t dan bukan alam yang terbentuk secara semulajadi.)
  2. Manusia terbentuk secara evolusi (manusia juga merupakan makhluk ciptaan Allah s.w.t. Jadi, say no to Darwin's Theory!)
  3. Mengatakan bahawa terdapat kesatuan antara Allah s.w.t dan manusia. (Pemikiran manusia terbatas dan sepatutnya berfikir mengenai ciptaan Allah dan bukan mengenai zat-Nya.)
  4. Percaya pada bomoh 
  5. Percaya pada horoscopes
  6. Percaya pada azimat dan tangkal
  7. Berdoa kepada selain Allah s.w.t.
  8. Mengucapkan jampi-jampi yang tidak difahami.
  9. Mengubah fitrah asal yang telah ditetapkan Allah s.w.t
  10. Mencintai yang lain lebih daripada mencintai Allah s.w.t

No comments: