Antara makanan yang best dekat Bumi Darul Naim ni ialah Nasi Kerabu. Bila cakap pun dah terliur gila-gila. Sedapnya! Waa...lapar. :( Huhu. Sabar Nawal, sabar. Jumaat nanti ada pasar malam. Jadi, boleh beli nasi kerabu lagi. hee~~
Yang bestnya, harga nasi kerabu dekat pasar malam depan HUSM ni kalau tanpa ayam atau daging bakar atau lauk yang seangkatan dengannya bernilai RM 1 :D Dahla banyak, sedap pula tu. Memang mahsyuklah. Kalau letak lauk pun paling kurang Rm 3.80. Believe it or not? Believe it! hehe.
Omong-omong mengenai nasi kerabu ni, hari ini orang termalu dengan akak dekat Harmoni Cafe (salah satu cafe dalam kampus usmkk). Cerita dia camni, pagi tadi, orang gi Harmoni Cafe nak beli Nasi Kerabu untuk breakfast (pagi-pagi dah pekena nasi kerabu. lau dekat penang mesti pekena nasi kandaq. ngee~~). Time nak pilih lauk tu orang suruh je makcik tu masukkan semua jenis lauk dengan nasi. Makcik tu cakap harga dia Rm 3.80. Okay.
Lepas tu, dekat cashier akak tu tanya beli apa? Orang pun jawablah nasi kerabu harga dia rm 3.80. Akak tu tanya pula lauk apa? Orang pun dengan yakinnya menjawab lauk ayam dan salak. Akak cakap haa? Orang ulanglah ayam dengan salak. Akak tu gelak and cakap ayam dengan solok. Uish..malunya. Dahla ada ramai gak orang kat situ. Orang pun cakap owh. ok kak. solok. hehe.
nilah solok yang dimaksudkan. turut dikenali sebagai solok lada. selalunya warna cili dia hijau tapi ntah kenapa hari ni makcik tu buat warna merah =)
nilah solok yang dimaksudkan. turut dikenali sebagai solok lada. selalunya warna cili dia hijau tapi ntah kenapa hari ni makcik tu buat warna merah =)
Tu lah ceritanya. Ntah pape je. hahaha. Ingat ya kawan-kawan, solok tau dan bukan salak. Salak tu antara jeruk yang best untuk dibeli kalau pergi penang (saja nak kongsi supaya anda tak termalu macam saya kalau anda tahu nama sebenar makanan yang hendak dibeli :)). Camne pun, nasi kerabu yang dibeli tu memang terbaiklah!
Sedap tak? hee~~
Sedap tak? hee~~

No comments:
Post a Comment