Friday, December 31, 2010

Hello, Goodbye!

 /hihi
Dear 2011, Hello!
Akhirnya, 2011 muncul jua :)

Umur saya pun dah mencecah 20. Eh, 2 angka di depan 2011, umur kita serupalah macam awak :p
Tapikan kalau kita nak kekal muda macam 2 angka di belakang 2011 boleh tak awak? lols Just kidding.
Best ape jadi tua. Umur lagi tua lagi mendekatkan kita dengan kematian. Lagi cepat mati lagi kurang dosakan? Dah, dah. Apa orang melalut ni? Maklumlah dah hampir pukul 4 pagi.

Semalam sambut new year atas katil, enak dibuai mimpi. Then sejam lepas kul 12, Orang bangun.
Dah cukup 5 jam tidur. Isya' tak lagi. Ingatkan nak tidur pas Isya' tapi notes tak habis baca lagi.
Jadi, habiskan notes sikit. Then, terus mengadap lappy.
Hai lappy, walaupun kau ni barang free je and datang daripada brand yang bukan notorious macam hp, dell dan apple, tapi kalau kau takde mesti aku asyik tidur je dalam bilik.
Thanks ya lappy! Kau memang terbaik. :p

Jadi, bercakap pasal 2011, tahun baru, sudah tentu azam pun baru jugakan. Cumanya, saya tak suka buat azam baru sebab saya tahu kalau saya tak dapat fulfill mesti saya sedih. Tapi tak salahkan kalau nak bagitahu?


Erm...salah satu azam tahun baru saya ialah mahirkan diri bawa kereta manual. hehe.
Lesen dah dekat nak cukup 2 tahun. Tapi, dah tak reti bawa manual sedangkan kita dekat malaysia ni mahirkan diri dengan bawa manual dulu masa pergi driving school. Boleh nak bawa manual cuma malaslah nak tukar gear. Leceh betul. Tapi, kena cuba juga. Kepada Fazilah, tolong jadi sifu saya ya :) /please
Kalau dah reti bawa manual senanglah sikit. At least, kalau ada emergency dekat USMKK ni dapatlah diselesaikan secepat mungkin.

Next resolution saya ialah nak study awal-awal. Solat terutamanya Subuh pun kena awal gak. Tak nak last minute. I don't want you ok Mr. Last Minute.
No more you:  LAST MINUTE 
(Ini yang paling susah rasanya..hee~~. Tapi cuba nawal, cuba!) 
Lepas ini saya nak bercinta dengan Type A personality. Nak awalkan semua task especially study. Sem 2 ni pun OSPE dan CA 2 anatomy dekat je. Selang 2 hari kot. Nawal boleh :)


Lepas tu, saya perlu belajar berjimat :) 
The less online shopping, the better!
Jadilah macam dulu balik nawal. Dulu kau tak terpengaruh langsung dengan baju cantik. Kau gila kasut je tapi kau masih boleh tahan keinginan tu. Please ya. Kerja pun tak lagi. Bergaya je lebih. Apa ni? Sederhana sudah.

Then, jagalah hati dan perasaan orang lain.
Ini pun penting gak. Jangan selfish. Selfish tu hodoh. Walaupun perkataan tu lebih kurang bunyinya macam penjual ikan...sel + fish, tapi kecantikan penjual ikan tu lagi tinggi dan langsung tak hodoh macam kau selfish. Stay away from me selfish. I don't want to befriend with you anymore.






Last but not least, Gain weight sikit (sikit je tau!) and lead a healthy lifestyles.
Sekarang ni berat badan saya 47-49 sahaja. Hari tu masa tengah study health and fitness, ada satu formula ni nak kira ideal weight kita. Bila orang kira dia cakap ideal weight orang 59. Whoa..agak gemuk ya disitu. 59 ni terlalu tinggilah. Naik sampai 50 dulu ok kot. Tapi naik berat tu takpelah because it is just a number. Lagipun selagi kita boleh dan mampu untuk makan, makanlah sepuasnya. Esok, lusa ni dah bertamabah tua mesti tak dapat nikmati kelazatan makanan macam sekarang. Cuma fat percentage kena jaga. Lepas naik cuti ni, tak kira pun lagi dengan mesin BIA (Body Impedence Analysis machine). Harap-harap oklah fat percentage tu. Body age pun penting gak. Kena monitor. Kalau daripada segi gaya hidup..erm, nak aktifkan sikit diri ni. So, rajin-rajinlah gi kelas silat. Bagi badan sihat sikit. Kalau buat latihan kawad untuk SISPA pun boleh. ngee~~ Lantaklah kalau muka burn lagi. Time belajar saja nak burn. Nanti time kerja asyik dalam clinic speech je (InsyaAllah). Jadi, takpelah burn sekejap. Plus, lagi kurang melanin, lagi tinggi potensi nak dapat kanser kulit. Itu perlu dicegah as prevention is better than cure. Susu pun kena minum gak cuma once saya dah 20, tulang mulai alami process resorption dekat Howship's Lacunae. Saya risau. Dahla perempuan ni senang dapat osteoporosis. Haish! Minum susu cik nawal. Letak jauh-jauh perasaan rasa susu tak sedap. Anda Boleh :)

Harap-harap saya mampu laksanakan azam tahun baru saya ini. 
Jadi, yang berlalu, biarkan berlalu. Yang Mendatang, hadapi dengan cemerlang! 
Welcome again 2011. 
Say goodbye to 2010. 
Walaupun rasa agak berat untuk melepaskan anda pergi 2010 /no 
tapi 
nak buat macam mana /nobigdeal saya perlu melepaskan anda jua. 
Oleh itu, /bye

1 comment:

fuz-gee-lah said...

haha ! ble jer ajar . tp ak pun xpro sgt ~ :D

smoge kite mnjadi lebih baik utk taon 2011 nie . n sori 4 any mistakes that i had done b4 :)