Tuesday, December 28, 2010

saya muncul semula =)

Setelah hampir setahun lebih saya tinggalkan dunia blog ni akhirnya saya muncul semula di laman web blogger ni. Tangan ni memang dah gatal nak menulis. hehe. Blog lama tu masih wujud cuma saya tetapkan dalam mode private. Sebabnya....teeet~~ Biarlah rahsia =) Okay..kita lupakan dulu tentang Dan Sebenarnya. Let bygone be bygone and let's turn over a new leaf. Sekarang kita focus pada blog baru ni: ::namosha:: hee~~
Kenapa namosha? namosha ni stands for nawal mohd shafie. I repeat: NAWAL MOHD SHAFIE. Sape nawal mohd shafie? nawal mohd shafie tu sayalah. Tapi jangan ingat saya ni seorang lelaki. Ramai orang cakap nama nawal ni macam nama lelaki. Tak dinafikan. Ala..ada je nama lelaki Noor (Maafkan saya ya saudara yang memiliki nama ini. Ini hanyalah sekadar untuk dijadikan contoh dan tidak bermaksud untuk menyakiti :D). Jadi, takpelah kalau kita didaftarkan dengan nama apapun asalkan ia membawa maksud yang baik. Terima kasih kepada mama kerana memberi nama tersebut.
Nawal ni sebenarnya membawa maksud hadiah. Jadi, nak lengkapkan blog ini dengan diri saya maka saya guna ofgiftsandpresents sebagai url blog. :p Nama saya dekat blog pula saya letak rosesliliestulips supaya memori blog lama sentiasa dalam ingatan dan tak lapuk ditelan zaman. lol. (sesungguhnya saya sangat sayangkan blog lama saya tapi jangan sedih Dan Sebenarnya. Apabila tiba masa yang sesuai saya akan set dalam mode public view). Oh, sebelum saya terlupa, mohd shafie tu ayah saya. Kiranya nama saya nawal binti mohd shafie. Bukan disambungkan terus tau!
Akhir kata, selamat menulis semula cik nawal. :))

3 comments: