Tuesday, December 28, 2010

Tooth Fairy

Kelas Anatomy semester 2 sesi 2010/2011 ini dimulakan dengan tajuk anatomy of oral cavity, tongue and teeth. Jadi, saya nak share sikit input yang saya dapat daripada pembacaan berkaitan tajuk ini (kebanyakannya pasal gigi).

 Ok...camni gigi kita terletak di ruang oral and it is embedded at both the maxillary and mandibular alveolar process. Kiranya both maxillary and mandibular alveolar process ni ialah kantung untuk gigi-gigi kita yang comel tu :) Setiap alveolus pula akan mengikut corak urat gigi yang dipegang. Urat gigi pula disokong dan dilitupi oleh periodontal ligament yang terdiri daripada oblique fibers, horizontal fibers, apical fibers dan alveolar crest fibers (mnemonics yang saya buat untuk lebih senang ingat ialah OHAA). Gigi kita pada usia seawal 6 bulan dipenuhi dengan deciduous teeth ataupun gigi susu dan kemudian kira-kira umur kita 6 tahun permanent teeth mulai menjelma :p

Gigi kita juga disusun hingga menjadi seperti bentuk pintu gerbang. Gigi kita pula terbahagi kepada gigi maxillary (bahagian atas) dan gigi mandibular (bahagian bawah). Jumlah gigi kita ialah 32. Tapi, tak semua orang ada 32 batang gigi. Saya sendiri ada 28. Kenapa ya? Sebabnya 4 gigi lagi iaitu daripada jenis 3rd molar saya belum tumbuh lagi. 3rd molar ini turut dikenali sebagai wisdom tooth. Bila wisdom tooth nak tumbuh sesetengah orang akan rasa nak demam. Wisdom tooth ni akan tumbuh dekat bahagian belakang sekali (posterior to the 2nd molar). Selain daripada 3rd molar, kita juga ada jenis gigi incisors (gigi kacip, jumlah: 8), 4 gigi cuspid, 8 bicuspids atau premolars dan 12 molars (jika 3rd molar telah tumbuh. Jika tidak, hanya ada 8 molars).

Selain itu, gigi kita terbahagi kepada bahagian crown (bahagian yang dapat dilihat atas gusi atau gingiva), neck dan root. Pada bahagian crown terdapat struktur enamel (lapisan paling luar dan terbentuk daripada ameloblast), dentin (terbentuk oleh odontoblast) dan lapisan dalam ialah pulp (mengandungi saliran darah dan urat saraf CN 5: trigeminal nerve). Gigi kita akn berasa sakit jika terdapat serangan bakteria (cavities) pada bahagian enamel dan dentin yang terhakis).

 struktur gigi yang cantik =)

Oleh itu, kalau tak nak sakit gigi, jagalah gigi anda supaya ia kekal cantik dan menawan. Plus, kalau anda bercita-cita untuk nak ke angkasa lepas, gigi anda perlu berada dalam keadaan sifar tampalan. Konklusinya, sayangilah gigi anda. :D

2 comments:

safwan roslan said...

wah x faham term2 yg digunakan huhu. anyway post yg berilmiah. keep up..=)

Anonymous said...

Seronok baca sebab lebih faham